Keperluan Menghadiri Perbicaraan

  1. Semua dokumen asal bagi bukti kematian, hak milik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti pemilikan harta alih dan lain-lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa perbicaraan.
  2. Semua pihak yang dinyatakan di dalam Notis Perbicaraan dikehendaki hadir pada hari perbicaraan yang ditetapkan.
  3. Semua keterangan semasa perbicaraan akan direkodkan secara bersumpah.
  4. Mana-mana waris yang dikehendaki hadir pada hari perbicaraan namun tidak dapat hadir boleh mengemukakan Borang Persetujuan (Borang DDA) yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah dengan menyatakan secara jelas cara pembahagian yang dikehendaki/dipersetujui.
    Borang Persetujuan (Borang DDA) boleh didapati di mana-mana Bahagian Pembahagian Pusaka dan Pejabat Tanah atau boleh dimuat turun melalui laman web JKPTG.