HARTA PUSAKA KECIL

HARTA PUSAKA KECIL

Harta Pusaka Kecil merupakan harta peninggalan si mati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Si mati tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan beragama Islam)

b) Harta itu terdiri daripada:

  • Harta Tak Alih (Tanah) sahaja atau
  • Harta Tak Alih (Tanah) dan Harta Alih (wang tunai, saham, kenderaan dan sebagainya)

c) Jumlah nilaian harta keseluruhannya tidak melebihi RM2,000,000 pada tarikh permohonan di buat.